Jalan- Jalan Cari Jodoh..

Semalam hari off aku.plan utk semalam ialah nak pergi test makan steamboat kat sebuah restoran di Kuantan ni.Mula-mula kakak angkat aku yang ajak.lepas tu aku godek2 la internet cari info tentang restoran yang kitorang nak pergi ni.agak teruja and aku and kak Bibi melaparkan perut sehari suntuk untuk acara mencekik pada sebelah malam...
pukul 9++ malam,kak Bibi dah datang amek aku.tak sempat nak tengok bola Msia VS indonesia second half, tp mata 1-0 dah buat aku rasa lega sikit..setibanye kami ke restoran Simply Steamboat tu, aku terus snap, nak tepek kt blog katenye.bila tolak pintu, restoran kosong.pelik sekejap sebab biasanya ramai orang makan kt sini..lepas tu baru ingat..sebab seluruh rakyat Malaysia sibuk tengok bola.aku ngan kak bibi je sibuk nak mencekik..tibe2 kami feeling2 VVIP :P


selepas mintak sikit penerangan dari staff Simply Steamboat,aku mula mengganaskan diri kat bahagian buffet.Simply Steamboat ni menyediakan steamboat secara buffett..dengan bayaran rm19 seorang, korang boleh makan sampai gile..masa aku ngan kak bibi mengangkut bahan2 steamboat kami, aku perasan sorang staff kt situ pandang² and cakap² dengan kawan dia..aku mula terperasan.aku cakap ngan kak bibi : dorang ni mengata kite ke kak?

tapi aku buat tak nampak je,kitorang terus makan2 gelak2 macam makan kt rumah..sup dia sedap. [merembes pulak air liur] . tibe2 aku perasan staff pompuan sorang tu pandang2 aku lg..ishhh..tak seronok sungguh..tibe2 api dapur gas kitorang padam, kak bibi melambai kat staff kt situ.makwe yang pandang2 aku tu menuju ke arah kami.aku sempat bisik kt kak bibi.. " ko tengok kak..dia la yg pandang2 aku td.."

bila makwe sampai kt meja kitorang,aku pandang lama2 muka makwe tu, lepas dia hidupkan dapur gas kitorang , aku buka mulut tegur makwe tu...

"macam kenal la.."

"sama la..mcm kenal"

"Tie kan?"

"yer"

ha kawwwww..skali jumpe orang sekampung kaaawww...patutlah dia pandang2 aku...rupanya dia dah cam aku.aku ni je tak  cam dia..sebab last tengok dia,dia remaja kecik lagi..skang dah besar dah...aihh.sorry la Tie..terburuk sangka pulop [as always]..hehehe..

kitorang pun terus makan-makan..aku terpandang satu notis mengatakan masa maksimum utk dine in kt situ ialah 2 jam.jadi tiap kali kak bibi tanyer " ko dah siap makan dah ke ni?" aku jawab " eh,dah cukup 2 jam ke? " sebab duk kt dalam tu cam best je.dengan imviromentnya yang bersih dan kemas, rasa nk duk situ berjam2.tp sjam lebih je kot kitorang mencekik kat situ.kenyang mcm dah telan anak gajah.lepas layan eskrim,kitorang pun beransur..thanx kak bibi sebab belanje. and thanx to Simply Steambot's staff... kami pasti akan datang lagi membawa perut yang kosong..



Simply Steamboat area Malay Town [ECM Kuantan}


pengaruh kumpulan the white stripes barangkali. merah putih = cool

makan like a g6.


eskrimmmmm!
8 Responses
  1. Rumah Kuning Says:

    hirup sup ketika cuaca dingin begini. sedapnya....


  2. zulfadzly Says:

    bvila yu nak bawak ai? ai dah jemu makan mee goreng hailam yu jer..


  3. nak aiskrim gak.... hehehe


  4. rumah kuning- betul tu...memang sedap n puas hati mkn kt situ


  5. zulpadli- huhu..sorry la hubby..mee goreng hailam soooo yesterday skang..nnti ai bawak u makan steamboat...jgn lupe ajak iqbar skali


  6. faiz- MARI LA KE SEMENANJUNG...HEHE


  7. hanie Says:

    hihihihi tak jadi la komengggggg~~


  8. Izzy Says:

    sedap tak simply steamboat ni? Selalu aku tengok tadak orang pun, saspen aku nak masuk. haha