Saturday

Skincare Timbang Kilo. Nak Cantik Ke Nak Sakit?

Beberapa bulan lepas, Malaysia dikejutkan dengan pendedahan produk-produk skincare yang dibeli timbang kilo dan dipack,re-branding dan dijual kepada pembeli yang ghairah untuk memiliki kulit yang cantik.Yang penting, harga yang dijual agak mahal sebab packing yang menarik dan nampak mahal mudah mengaburi mata pembeli.



ok la, aku pun pernah terjebak sekali dengan produk timbang ni. tapi dah lupa nama produk tu. beli pun sebab member yang pujuk beli sebab dia ejen, dah ambik stock banyak, kena la promote kow kow. aku pun beli la. masa tu takde pendedahan lagi pasal produk timbang ni. so masa tu takde rasa ragu-ragu pun nak pakai. Founder pulak pelakon,penyanyi dan pengacara terkenal. eh gile ke tanak beli? hahaha.. bodo.

2 bulan pertama memang dah rasa lain kulit muka tau. cerah, flawless dan best sangat. sempat beli dalam 2 set rasanya. lepas tu keluar artikel pasal produk yang mengandungi mercury dan merbahaya. so ciri-ciri tu ada pada produk yang aku consume selama 3-4 bulan tu. so I decided to stop. seminggu pertama aku stop, aku tak pakai apa2 produk skincare sebab aku nak neutralkan balik kulit aku. tiba-tiba satu hari tu, kulit muka aku jadi bengkak dan tebal.aku agak cemas sebab tak pernah jadi macam tu sebelum ni. tebal dia lain macam. macam kena gigit nyamuk, tapi satu muka dan sekata.

aku tak pergi klinik pun sebab malas. 2 hari lepas tu, bengkak tu surut tapi rasa berbintik. bila picit,keluar benda putih2. bukan jerawat tau. sejak dari hari tu,aku tak pakai apa2 skincare sampai la bintik2 tu hilang. sekarang kulit dah normal balik. aku agak bertuah sebab kulit muka aku ni jenis tak bermasalah. tak pakai apa2 seminggu pun, takpe. cuma kena rajin cuci muka.

kepada wanita-wanita diluar sana, yang masih lagi ghairah nak cantik, nak besar tu, nak mantapkan ni,siasat dulu produk yang hendak dibeli.Orang sekarang nak berniaga, nak lariskan produk mana nak fikir lain dah. janji laku kerassss.so, NAK CANTIK KE NAK SAKIT?

No comments: