Friday

Hayda Scarf Bawal Chiffon Printlimited

Hai Assalamulaikum semua followers yang masih follow :D


Hari ni nak promote sikit Hayda Scarf. Saya pakai dan saya jual.cuma nak cakap material Hayda Scarf semua berkualiti dan selesa.anddd,corak yang sangat menarik.tak mau cakap banyak.jom cuci mata.. 

 Kita kan jenis yang tak reti nak berbelit belit pakai shawl time nakpergi  pasar, nak pergi kedai beli susu anak atau nak pergi breakfast hari weekend.
Tapi time darurat memang perlu sangat tudung chiffon printed ni. Nak mudah dan cepat tapi selesa. Siap pakej tak payah iron lagi.
Cepat cepat jugak, tapi nak nampak gojes tetap penting okay. Dan yang bestnya, mak anak lima pun sesuai pakai tudung ni.











BAWAL CHIFFON PRINT LIMITED NEW ARRIVAL

RM25✔

3 PILIHAN WARNA MENARIK ✔

BOLEH DIPAKAI PELBAGAI GAYA ✔

MATERIAL YANG SELESA ✔

STYLO & TRENDY ✔

CORAK TERKINI ✔

HARGA MAMPU MILIK ✔

IRONLESS ✔

JIMAT MASA ✔


TYPE SQUARE BAWAL
MATERIAL CHIFFON CREPE
MEASUREMENT 45"X45"
BIDANG 45”



Jika berminat, boleh klik link ini untuk direct  whatsapp saya!

cara-caranya cuma bagi nombor kod Hayda Scarf yang berkenan dihati,atau screenshot gambar tudung Hayda Scarf. setiap penghantaran melalui poslaju akan dikenakan Rm7 belanja pos.untuk buyer sekitar bandar kuantan pula saya cuma cas rm2 cod. atau self pick up.

Last but not least, nak belanja gambar bergaya dengan Hayda Scarf sikit. hahaha.

(dalam duk berjanji tak nak pakai pada hari yang sama,sekali terboria)



Saturday

Skincare Timbang Kilo. Nak Cantik Ke Nak Sakit?

Beberapa bulan lepas, Malaysia dikejutkan dengan pendedahan produk-produk skincare yang dibeli timbang kilo dan dipack,re-branding dan dijual kepada pembeli yang ghairah untuk memiliki kulit yang cantik.Yang penting, harga yang dijual agak mahal sebab packing yang menarik dan nampak mahal mudah mengaburi mata pembeli.



ok la, aku pun pernah terjebak sekali dengan produk timbang ni. tapi dah lupa nama produk tu. beli pun sebab member yang pujuk beli sebab dia ejen, dah ambik stock banyak, kena la promote kow kow. aku pun beli la. masa tu takde pendedahan lagi pasal produk timbang ni. so masa tu takde rasa ragu-ragu pun nak pakai. Founder pulak pelakon,penyanyi dan pengacara terkenal. eh gile ke tanak beli? hahaha.. bodo.

2 bulan pertama memang dah rasa lain kulit muka tau. cerah, flawless dan best sangat. sempat beli dalam 2 set rasanya. lepas tu keluar artikel pasal produk yang mengandungi mercury dan merbahaya. so ciri-ciri tu ada pada produk yang aku consume selama 3-4 bulan tu. so I decided to stop. seminggu pertama aku stop, aku tak pakai apa2 produk skincare sebab aku nak neutralkan balik kulit aku. tiba-tiba satu hari tu, kulit muka aku jadi bengkak dan tebal.aku agak cemas sebab tak pernah jadi macam tu sebelum ni. tebal dia lain macam. macam kena gigit nyamuk, tapi satu muka dan sekata.

aku tak pergi klinik pun sebab malas. 2 hari lepas tu, bengkak tu surut tapi rasa berbintik. bila picit,keluar benda putih2. bukan jerawat tau. sejak dari hari tu,aku tak pakai apa2 skincare sampai la bintik2 tu hilang. sekarang kulit dah normal balik. aku agak bertuah sebab kulit muka aku ni jenis tak bermasalah. tak pakai apa2 seminggu pun, takpe. cuma kena rajin cuci muka.

kepada wanita-wanita diluar sana, yang masih lagi ghairah nak cantik, nak besar tu, nak mantapkan ni,siasat dulu produk yang hendak dibeli.Orang sekarang nak berniaga, nak lariskan produk mana nak fikir lain dah. janji laku kerassss.so, NAK CANTIK KE NAK SAKIT?

Sunday